Thursday, October 2, 2014

TANGISAN SEORANG ANAK

Assalamualalaikum wb.t
 
Alhamdulilah pada malam yang shahdu ,na terpanggil untuk menulis entri yang bagi naa cukup bermakna.sedang suami enak di buai mimpi indah..mata na masih tak boleh nak tido.bila mengenangkan apa bakti yang na dah berikan untuk MA & ABAH sepanjang mereka masih hidup.pada kesempatan ini na ingin  berkongsi apa yang dah na dapat semasa menghadiri ceramah ISYAK malam tadi di  masjid Ladang ..ya allah sayunya hati bila USTAZ ROSLAN BIN MOHAMED (pensyarah kanan um) sebelum memulakn biacara ,beliau sempat mengalirkan air mata tanda kerinduan buat BONDA yang telah pergi meninggalkan dunia sejak setahun yang lalu ..(bersyukur kerana tuhan masih memangjangkan usia ma hingga saat ini)

Tiada kata2 yang mampu ungkapkan melainkan syukur ke hadrat ilahi kerana  na masih mempuanyai MA.alhamdulilh na masih beruntung.masih lagi merasa kasih sayang seorang ibu yang selama ini bersusah payah melahirkan kami adik beradik ..IBU JANTUNG HATIKU .betul kate ustaz.tanpa ibu siapalah kita di dunia ini.hebat mana pun kita,kaya mana pun kita.kalu tanpa doa dan restu seorang ibu hidup kita tidak akan bermakna..

BILA BERFIKIR SEJENAK

-berjasakan na  pada MA
-derhakakah na  pada MA
-berakhlahlak na kita pada MA
-ikhlas kah na pada MA
-redha kah na pada  MA

Tanpa na sedar air mata kami berguguran saat ustaz mengigatkn kami tentang pengorbanan seorang ibu.alhamdulilah kami sekeluarga hadir ke masjid bersama2 dalam menghadiri masjlis ilmu..sayu rasa hati bilaa tengok ma mengalirkan air mata.jauh di sudut hati na..na berjanji akan cuba bahagiakan ma hingga akhir hayat..,,

MA JANTUNG HATI BUAT KAMI ADIK BERADIK

-siapalah kita tanpa ibu
-untuk yang masih mempunyai ibu ...nikmatilah saat indah bersamanya
-bertuah kerana ibu masih bernafas saat ini
-beruntung buat mereka yang dapat menjaga ibu hingga kesaat ini

INSAN PALING HEBAT DI DUNIA INI (MA)

Bagi naa tiada insan yang paling na sanjung melainkan MA ....tanpa ma ,na tidak akn merasai nikmatnyaa hidup yang tuhan pinjamkan untuk sementara waktu..ma banyak berkorban demi kepentingan kami adik beradik.kasih sayang yang diberikan sentiasa cukup untuk kami.saat kami kesedihan dia ada bersama kami menemani.setiap kata-katanya membuatkan kami sedar tiada apa yang berharga melainkan ma ingin melihat kami hidup gembira..tidak akn pernah berhenti dari berdoa untuk kebaikan kami.

Ma seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang..jiwanyaa cukup kuat.dia mengajar kami erti kehodupan yang sebenar..selalu pesan kami adik beradik.hidup di dunia ini hanya sementara..hargai kehidupan .jangan sia-siakan usia muda .

TIDAK AKAN NA  BIARKAN MA TITISKAN AIR MATA
cukuplah dengan segala kesusahan yang ma lalui selama ini untuk membesarkan na dan adik2 yang lain..insyaallah ma,na akn cuba bahagiakan ma dengan penuh kasih sayang,na akn ubati segala kesedihan & kesakitan yang ma tanggung selama ini ,hnaya satu yang na pinta ampunkan segala dosa2 yang telah na lakukan selama ini.doakan agar sentiada diberkati hidup.dimurahkan rezeki agar na dapat membalas segala jasa-jasa ma selama ini..doakan na agar na dipanjangkan umur agar na dapat berbakti kepada ma hingga akhir hayat.doakan na agar  kehidupan na sentiasa bahagia agar na dapat merasai kebahagian keluarga..


YA ALLAH AKU MEMOHON PADA MU,JADIKAN AKU ANAK YANG SOLEHAH
ANAK YANG BERBAKTI PADA KEDUA ORANG TUA KU

semoga secebisan ini akan membuatkan naa lebih menyayangi & menghargai pengorbanan MA...

I LOVE U MA




TANPA RESTU DAN DOA DARI SEORANG IBU ...hidup kita tidak akan bermaknaa.hargai ibu selagi beliau masih bernafas .semoga kita termasuk dalam golongan orang yang beriman .

ROHANI BT MUDA....seorang ibu yang tiadaa pengganti...



No comments:

Post a Comment